Monday, March 5, 2012

Bahagian Kedua Perjalanan ke Gunung Stong

Satu rentetan perjalanan yang panjang selama 12 jam bermula di Stesen Komuter Rawang. Catatan kos untuk tatapan semua Tiket dari KL Central ke Dabong ialah sebanyak RM27.000 . Dari Komuter Rawang ke KL Central adalah sebanyak RM3.60 sehala tetapi kami diberi potongan 50% oleh pihak KTM dengan menunjukkan tiket ke Dabong. Terima Kasih. Jadi kos permulaan yang kami tanggung ialah sebanyak RM30.60 sehala.


Peta menunjukkan laluan keretapi KTM dari KL Central ke Dabong di Kelantan

Perjalanan di waktu malam membataskan peluang untuk melihat permandangan yang menarik di sekitar laluan antara Kuala Lumpur ke Dabong. Keretapi ekspres Sinaran Wau hanya beroperasi pada waktu malam 8.30 malam dari KL Central dan tiba di dabung pada pukul 8.30 pagi esoknya. Di harapkan pihak KTM akan mengadakan perjalanan di waktu pagi dari Kuala Lumpur untuk menarik lebih ramai pelancong ke pantai timur terutamanya.



Ekspres Sinaran Wau

Tepat 02.30 pagi kami sampai Gemas. Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri Sembilan

Stesen pertukaran GEMAS

Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.

Kami berhenti di Gemas hampir 45 minit sebelum meneruskan perjalanan melalui laluan ke pantai timur seperti di bawah


· Pertukaran Gemas

· Bahau

· Teriang

· Mentakab

· Jerantut

· Kuala Lipis

· Gua Musang

· Dabong

· Kuala Krai

· Tanah Merah

· Pertukaran Pasir Mas

· Wakaf Baharu di Kota Bharu

· Tumpat

Setelah berhenti di beberapa stesen saya terjaga semasa keretapi berhenti di Gua Musang pada 0600 pagi 3hb mac 2012 .

Gua Musang

Sinaran mentari pagi mula menceriakan kami. Pemandangan kampung di sekeliling perjalanan antara Gua Musang ke Dabong menarik minat kami semua. Hilang segala keletihan kerana diulit keterujaan untuk ekspedisi ke Gunung Stong. Ini bermakna perjalanan kami sudah hampir ke destinasi pilihan iaitu Dabong. Stesen terakhir destinasi kami sebelum menakluki Gunung Stong. Jumpa nanti di Dabong. Ja ne.

No comments:

Post a Comment