Thursday, March 8, 2012

Stong Hill Resort

Stong Hill Resort

Gunung Stong terletak Hutan Simpan Taman Negeri Kelantan dalam Daerah Krai pada ketinggian 1422 meter.Terdapat Gunung -gunung lain di sekitar seperti Gunung Ayam,Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Baha, Gunung Beirut dan Gunung Che Tahir. Hutan Simpan Taman Negeri terbentang luas meliputi keluasan 61,734 hektar.

Persediaan untuk pendaftaran permit sebelum memasuki Hutan Simpan Jelawang.


kelihatan En Arunasalam sedang mencatatkan namanya sebagai pengunjung baru ke Gunung Stong

0930 Kami sampai di Stong Hill Resort. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.

video

Papan tanda yang mengambarkan seribu tanda tanya bolehkah faktor usia menandingi ketinggian Gunung Stong.

Menurut En Suzilan lebih dikenali sebagai Datuk Suzi usia tertinggi pernah di bawa hingga ke puncak berumur 65 tahun. Satu cabaran untuk kami yang memang masih gagah dan muda belia.


Kenapa tak percaya, muda belia...tekun mendengar penerangan Datuk Suzi, tergamam pun ada. Cuba tengok sahabat kita tu En Anuar yang berkasut kilat , berseluar kasual nak menawan gunung Stong .. Kenapa tak percaya. " karada wa ii desu ne , minasan wa gambatte ku dasai .. Maresia boleh."

Bak kata perpatah , hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Begitulah resam hidup kalau nak buat sesuatu dengan kehendak sendiri tak jadi masalah dan mudah sahaja tapi kalau dipaksa busut pun tak mampu di daki. Jadi kalau nak berjaya kita kena berusaha. Mana ada benda yang senang dan mudah dalam hidup ni ....Bagi semua pelajar dan guru-guru tingkatan 6 sesi 2010-2011 tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam STPM . Usaha tangga kejayaan, pelajar yang rajin, mahu berusaha, mengikut kata dan guru yang setiasa bersama pelajarnya, sama berusaha , ikhlas dan komited itulah intipati kejayaan.

Pendakian dah nak bermula dari Stong Hill Resort ke Baha Base Camp. Sebelum tu kita tinjau dulu apa yang ada di Stong Hill Resort.
Chalet yang selesa untuk beristirehat

Pejabat Stong Hill Resort

Dormitory untuk kumpulan yang ramai RM 15.00 seorang

Antara lanskap yang menarik
Antara Chalet yang terdapat di Stong Hill Resort.

Catatan: PERINGATAN PENTING

Apa yang perlu dilakukan di sini?

1. mendaftarkan diri dan membayar permit sebanyak RM3.00 seorang.
2. pastikan membawa bekalan air mineral dan sedikit makanan semasa mendaki
3. sihat tubuh badan, fizikal dan mantel
4. jalanlah

Wednesday, March 7, 2012

Dari Dabong ke Resort Jelawang.

0900 Pagi kami minum pagi di warung. Menu biasa minum teh tarik dan roti canai pengalas perut sebelum meneruskan perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 7KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang . Sepanjang perjalanan amat mengasyikkan dengan permandangan kampung yang indah di pinggir kaki gunung yang menghijau bersama deruan angin yang menyegarkan fizikal dan minda. Hilang segala hiruk pikok kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur mahupun bas terminal Rawang yang kosong tanpa Bas Metro yang degil.

Jambatan menghubung Sungai Galas.

Pemandangan Air Terjun Gunung Stong atau Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara.
Teruja hendak berada di atas Puncak Air Terjun Jelawang
Satu lagi sudut pemandangan yang mengasyikkan
Ust Aziz bersama dengan En Suzilan , Tour Guide yang berpengalaman.

Pendaki boleh memulakan pendakian melalui Kg. Jelawang dari Resort Jelawang.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.Kita jumpa di sana nanti . Ja ne Irrasai

Sampai di Stesen Keretapi Dabong

Pengalaman bermalam di dalam keretapi yang mengambil masa perjalanan selama 12 jam sesuatu yang menarik walaupun agak mengerikan tetapi itulah pengalaman yang tidak mungkin kita perolehi jika tidak berhasrat menakluki Gunung Stong. Saya setuju dengan sahabat saya kamarul, 'tak terasa tiba-tiba je sampai"

abang ingat kampung ye bang

Keretapi sinaran Wau dari Kuala Lumpur sampai tepat di Stesen Dabong pada 8.45 pagi. Landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong. Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Pekan ini terletak sejauh kira-kira 155 km dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Tempat lain yang berhampiran ialah Kemubu, Kuala Geris, Bukit Abu dan Kampung Durian Badak.

Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur. Di barat daya terletaknya Gunung Stong ( 1422m ). Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas. Dari Dabong anda boleh pergi ke Gua Musang, Poring dan Cameron Highland melalui jalan raya yang agak sempit dan bahaya. Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan.



Stesen Keretapi Dabong

Kawan-kawan saya yang ceria walaupun agak keletihan tetapi akhirnya berjaya juga sampai di Dabong.Dari kiri Aziz, Rahim, Rosli, Anuar, Arunasalam, Kamarul dan Din. Yatta ne minasan. Gambatte ku dasai.
Permandangan di Stesen Keretapi Dabong

Dabong

Sampai di Stesen Keretapi Pekan Dabong

Pekan di sekitar stesen Dabong ini agak kecil tapi di sinilah tempat pertama yang akan disingahi oleh para pendaki sebelum ke Gunung Stong. Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti beberapi gerai makan yang menyediakan masakan tempatan terutama nasi dagang, roti canai pun ada dan pelbagai pilihan untuk menjamu selera. Pasti anda tak akan kelaparan.


papan tnda ini mengambarkan seribu satu makna

Cuma perlu berhati-hati kerana keretapi tidak sekerap melaluinya. Landasan ini membahagikan Pekan stesen ini kepada dua bahagian.
Antara kumpulan pendaki yang telah berada di Pekan Dabong

Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong

Kereta sapu atau Van sedia menunggu untuk membawa para pendaki ke Stong resort kira-kira 7 km dari Pekan Dabong. Tiket setiap seorang untuk perjalanan sehala ialah sebanyak RM3.00

video

Pekan Dabong walaupun merupakan pekan utama dan pusat pentadbiran bagi Majlis Daerah Dabong, namun dari segi kemudahan infrastruktur ianya agak ketinggalan berbanding dengan tempat-tempat lain. Pekan ini yang terletak kira-kira 85 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 155 kilometer dari bandar Kota Bharu boleh dihubungi melalui jalan raya, keretapi dan sungai.

Jalan utama yang terdapat di sini ialah:
Jalan Dabong – Sungai Sam
Jalan Dabong – Kemubu (masih belum tar)
Jalan Jelawang – Gua Musang>
Jalan Jelawang – Jeli
Hasil penilaian audit, didapati bahawa Taman Hutan Negeri Stong dikategorikan pada Peringkat Nasional (58.4%)

Monday, March 5, 2012

Bahagian Kedua Perjalanan ke Gunung Stong

Satu rentetan perjalanan yang panjang selama 12 jam bermula di Stesen Komuter Rawang. Catatan kos untuk tatapan semua Tiket dari KL Central ke Dabong ialah sebanyak RM27.000 . Dari Komuter Rawang ke KL Central adalah sebanyak RM3.60 sehala tetapi kami diberi potongan 50% oleh pihak KTM dengan menunjukkan tiket ke Dabong. Terima Kasih. Jadi kos permulaan yang kami tanggung ialah sebanyak RM30.60 sehala.


Peta menunjukkan laluan keretapi KTM dari KL Central ke Dabong di Kelantan

Perjalanan di waktu malam membataskan peluang untuk melihat permandangan yang menarik di sekitar laluan antara Kuala Lumpur ke Dabong. Keretapi ekspres Sinaran Wau hanya beroperasi pada waktu malam 8.30 malam dari KL Central dan tiba di dabung pada pukul 8.30 pagi esoknya. Di harapkan pihak KTM akan mengadakan perjalanan di waktu pagi dari Kuala Lumpur untuk menarik lebih ramai pelancong ke pantai timur terutamanya.



Ekspres Sinaran Wau

Tepat 02.30 pagi kami sampai Gemas. Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri Sembilan

Stesen pertukaran GEMAS

Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.

Kami berhenti di Gemas hampir 45 minit sebelum meneruskan perjalanan melalui laluan ke pantai timur seperti di bawah


· Pertukaran Gemas

· Bahau

· Teriang

· Mentakab

· Jerantut

· Kuala Lipis

· Gua Musang

· Dabong

· Kuala Krai

· Tanah Merah

· Pertukaran Pasir Mas

· Wakaf Baharu di Kota Bharu

· Tumpat

Setelah berhenti di beberapa stesen saya terjaga semasa keretapi berhenti di Gua Musang pada 0600 pagi 3hb mac 2012 .

Gua Musang

Sinaran mentari pagi mula menceriakan kami. Pemandangan kampung di sekeliling perjalanan antara Gua Musang ke Dabong menarik minat kami semua. Hilang segala keletihan kerana diulit keterujaan untuk ekspedisi ke Gunung Stong. Ini bermakna perjalanan kami sudah hampir ke destinasi pilihan iaitu Dabong. Stesen terakhir destinasi kami sebelum menakluki Gunung Stong. Jumpa nanti di Dabong. Ja ne.

video

Merancang Ekpedisi Ke Gunung Stong

Pada 2 hb Mac 2012 saya dan 7 orang sahabat karib dari kelab solidarity, SMK Sungai Choh telah memulakan satu ekepedisi menakluki Gunung Stong, Kelantan. Pada hari ini merupakan projek rintis sebelum memulakan satu Ekspedisi besar-besaran yang akan melibatkan lebih 60 orang pelajar dan guru untuk menakluki gunung Stong. Ekspedisi ini merupakan satu usaha untuk membuktikan keupayaan untuk mengatasi cabaran dan rintangan sebelum memperolehi kejayaan. Semangat kesatuan dalam kumpulan ini akan menjadi inspirasi kepada semua ahli tentang pentingnya kerjasama, sependapat dan kematangan diri dalam memahami apa yang dikatakan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

4.55 pm: City Cafe 2/3/2012 Rawang



5.00 pm: City Cafe 2/3/2012 Rawang

Perjalanan menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu ke Dabong bermula dari stesen Komuter Rawang. 0530 petang dari Stesen Komuter Rawang ke KL central.
0600 petang KL central , Kuala Lumpur

0615 petang makam malam di Medan Selera KL Central sebelum solat maghrib dan meneruskan perjalanan ke Dabong, Kelantan 0630 Medan Selera KL Central kelihatan En. Rosli, En. Anuar, En Arunasalam, En Rahim dan En. Din

0800 malam bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan selama 12 jam KL - Dabong
Gambar dari Kiri En. Kamarul, En Rahim, En Anuar, En. Arunasalam, En Din dan En. Rosli
0820 malam berada di dalam gerabak di KL Central

0825 masih di KL central: Perbincangan strategik antara En Aziz, En. Rosli dan En Rahim

0830 malam bergerak menuju selatan , stesen GEMAS

11.00 malam berada di kantin KTM menikmati secawan kopi dan sekeping roti bakar. Saya rasa setelah beberapa tahun dapat merasa kembali suasana malam di dalam keretapi Tanah Melayu. Setua usianya yang mengamit seribu satu nostalgia bagi mereka yang memang hidup bertemankan KTM.Pergerakan seribu satu daya kekuatan dengan hiruk pikok hentakan antara gerabak dan lantai laluan yang sukar digambarkan menjadi hiburan penumpang sepanjang perjalanan walaupun timbul beberapa persoalan terutama berapakah usia keretapi yang sedang berjalan ini?Mampulah sampai ke destinasi?
Gambar : En. Anuar, En. Kamarul dan En Din sedang menikmati rendang ayam dan nasi empit yang dibuat oleh isteri En Rahim. Terima kasih daun keladi.
Sebenarnya agak sukar untuk melelapkan mata di dalam keretapi lebih-lebih lagi dengan sambutan ramai penumpang. Namun keramahan kakitangan KTM yang bertugas menceriakan kami. Walaupun suasana yang sebegini agak terasing pada kami namun itulah realiti sebenar sebuah kehidupan yang memaksa manusia mobiliti dari satu tempat ke tempat yang lain demi sesuap nasi.
1130: malam penulis dan ketua rombongan Ustaz Che Aziz

1145 malam catatan perjalanan ini satu nostalgia kepada saudara Rahim dan Arunasalam terutama teringat semasa kecil-kecil inilah alat pengangkutan yang utama untuk bergerak ke utara, selatan atau pantai timur.


Mata mula letih , penglihatan nampak kabur maknanya kami perlu masuk tidur sebab satu lagi episod perjalanan yang panjang menunggu kami pada esok pagi. 1200 malam Kembali semula ke tempat duduk untuk sekian kalinya, mencuba semula untuk melelapkan mata buat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Stong. Agak terkejut kerana ada orang lain di tempat duduk kami. Setelah hampir sejam kami merehatkan badan , membetulkan otot terutama bahagian kaki dan tengkok yang tegang di dalam posisi tempat duduk sebegitu dengan harga RM 27.00 bagi kelas ekonomi terimalah seadanya. Saya pun mula keletihan. Perlu rehat sebentar jumpa nanti di pekan Dabong . ja ne